Thursday, April 8, 2010

UMUR 1 TAHUN SETENGAH SUDAH
MULA MEROKOK!!

Sandy W, kanak-kanak dari indonesia ini telah dirakam sedang menghisap rokok dan mencarut perkataan lucah! Video yang telah dibuang dari YouTube itu kerana melanggar peraturan YouTube turut merakamkan kata-kata dari Sandy W, kanak-kanak tersebut berniat untuk menjadi pencuri apabila dewasa nanti dan berniat menghabiskan semua wang tersebut dengan melanggan pelacur.

Lain laporan dari artikel dari Kosmo,

du 01.1 Budak 4 tahun hisap rokok dan mencarut!! (Updated with  video)

Gempar kelakuan budak 4 tahun

JAKARTA – Rakyat Indonesia digemparkan dengan satu klip video di laman web YouTube yang menunjukkan seorang budak kecil merokok sambil bercakap lucah, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Video selama tiga minit yang dipercayai dirakamkan di kediaman kanak-kanak itu di Jl Nusakambangan No 19 C, Malang, Jawa Timur, dimuat naik pada Ahad lepas dan ditonton sebanyak 1,200 kali sebelum ditarik balik tiga hari kemudian kerana melanggar syarat penggunaan YouTube.

Laman itu menunjukkan seorang budak lelaki berusia sekitar empat tahun dikenali sebagai Sandy W, menghisap sebatang rokok dan menghembus asap berbentuk cincin sambil menjawab soalan daripada beberapa orang dewasa.

Sandy berkata, dia mahu menjadi seorang pencuri apabila dewasa dan wang yang diperoleh akan digunakan untuk melanggan pelacur di Dolly, sebuah rumah pelacuran popular di Surabaya.

Bapanya, Mulud, 50, menyatakan Sandy mula merokok sejak berusia satu setengah tahun dan budak itu tidak mengendahkan laranganya supaya berhenti merokok.

Sementara itu, kumpulan aktivis hak kanak-kanak mahu polis melakukan siasatan supaya mereka yang bertanggungjawab mengajar perilaku negatif kepada budak itu dihadapkan ke muka pengadilan. – Agensi

Berikut adalah video lain tetapi kanak-kanak yg sama.



Aku tak faham cam ner benda macam ni boleh berlaku.
Salah keluargakah?
Lu Pikirlah Sendiri!!

No comments:

Post a Comment