Thursday, December 2, 2010

YES @ MIZURI ONLINE STORE


SALE! SALE! SALE!
sah untuk semua item yg masih available


KLIK DISINI UNTUK 'YES'

Tuesday, June 8, 2010

T-SHIRT MUSLIMAH

PRE-ORDER T-SHIRT MUSLIMAH
(TILL 10th JUNE BEFORE 12.00 AM ONLY - MEANS THIS THURSDAY)


KLIK DI SINI UNTUK SENARAI DESIGN PILIHAN

Monday, April 19, 2010

2kg DLM 2 HARI. PENEMUAN M'GEJUTKN!!


2kg dalam masa dua hari!! wow! satu rekod telah dipecahkan untuk diri sendiri. Rekod yg tak pernah digugat sejak 28 tahun lalu. wahahahahahahah....(ketawa dengan bongkaknya!)

Adui, letihnya ketawa dan senyum sorang-sorang. Sebenarnya begini ceritanya..... Aku berjaya turun 2kg dlm masa 2 hari. Satu mekanisma dan penemuan baru dalam penurunan berat badan aku adalah " demam virus yg kronik selama 2 hari-tanpa makan dan minum kecuali ubat shj (smpai x pasal2 aku kena gastrik.huhu)"

Kalo ada yang sanggup boleh la gunakan kaedah ini. Hehe! Sakitnya tuhan je la yag tahu!

p/s : harap-harap bole turun lagi berat ni. Seronok kalo cam anak dara dulu. slim gitu. aww! ihik2!

ACHIK SPIN MENINGGAL DLM KEMALANGAN


Achik Spin atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md Shari, 28 tahun telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) berhampiran Perhentian Nilai, PLUS kira-kira jam 6:15 petang tadi (17 April 2010). Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki Toyota Estima dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban 2, dikatakan terbabas dan melanggar sign board lebuhraya.

Arwah tercampak dari kereta dan maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah hampir diseluruh badan. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta sebelum kebakaran bermula. Al-fatihah....

Berikut adalah video kemalangan yg diambil dr youtube.


Thursday, April 8, 2010

UMUR 1 TAHUN SETENGAH SUDAH
MULA MEROKOK!!

Sandy W, kanak-kanak dari indonesia ini telah dirakam sedang menghisap rokok dan mencarut perkataan lucah! Video yang telah dibuang dari YouTube itu kerana melanggar peraturan YouTube turut merakamkan kata-kata dari Sandy W, kanak-kanak tersebut berniat untuk menjadi pencuri apabila dewasa nanti dan berniat menghabiskan semua wang tersebut dengan melanggan pelacur.

Lain laporan dari artikel dari Kosmo,

du 01.1 Budak 4 tahun hisap rokok dan mencarut!! (Updated with  video)

Gempar kelakuan budak 4 tahun

JAKARTA – Rakyat Indonesia digemparkan dengan satu klip video di laman web YouTube yang menunjukkan seorang budak kecil merokok sambil bercakap lucah, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Video selama tiga minit yang dipercayai dirakamkan di kediaman kanak-kanak itu di Jl Nusakambangan No 19 C, Malang, Jawa Timur, dimuat naik pada Ahad lepas dan ditonton sebanyak 1,200 kali sebelum ditarik balik tiga hari kemudian kerana melanggar syarat penggunaan YouTube.

Laman itu menunjukkan seorang budak lelaki berusia sekitar empat tahun dikenali sebagai Sandy W, menghisap sebatang rokok dan menghembus asap berbentuk cincin sambil menjawab soalan daripada beberapa orang dewasa.

Sandy berkata, dia mahu menjadi seorang pencuri apabila dewasa dan wang yang diperoleh akan digunakan untuk melanggan pelacur di Dolly, sebuah rumah pelacuran popular di Surabaya.

Bapanya, Mulud, 50, menyatakan Sandy mula merokok sejak berusia satu setengah tahun dan budak itu tidak mengendahkan laranganya supaya berhenti merokok.

Sementara itu, kumpulan aktivis hak kanak-kanak mahu polis melakukan siasatan supaya mereka yang bertanggungjawab mengajar perilaku negatif kepada budak itu dihadapkan ke muka pengadilan. – Agensi

Berikut adalah video lain tetapi kanak-kanak yg sama.



Aku tak faham cam ner benda macam ni boleh berlaku.
Salah keluargakah?
Lu Pikirlah Sendiri!!
BESTARI KAH AKU?



AKHIRNYA SELESAI SUDAH MENGISI
SISTEM PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT SEKOLAH (SPPICTS)

Inilah kerja aku sebagai Guru Penyelaras Bestari
di Sekolah (Cikgu yang kena handle makmal komputer tu la....)
Hu3!! Bab2 maintainance komputer aku fail!!! ngeee...
Tulunnnnn!!!!!! BESTARI KE TU??

Sunday, April 4, 2010

RAHSIA AIS


Rahsia Kelebihan Ais

Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Banyak sungguh fakta kelebihan ais. Secara ringkasnya berikut ialah fakta kelebihan ais:


1. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

2. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut
untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk
menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa
pendek apatah lagi jangka panjang.

3. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit
berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat
membiak dalam cuaca begini.

4. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan)
dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar
bumi yang amat panas.

5. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi
yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan
semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan
bumi pada paksinya.

6. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori
atau sifat pelupa yang keterlaluan.

7. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan
menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan
ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan
sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam
kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil
masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

8. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan
kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

9. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan
dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

10. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat
kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang
biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi
menghidapi penyakit sawan.

11. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai
penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut
dengan kain hitam.

12. Air sejuk dalam cuka adalah sangat baik untuk
menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan
tulang dengan lebih cepat.

13. Air suam dengan cuka yang diminum akan melemahkan
dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi
penyebab utama terjadinya lumpuh.

14. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada
suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya
matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

15. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh
pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh
unsur-unsur spiritual yang jahat.

16. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah
yang amat lembut lagi mengharmonikan.

17. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

18. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar
biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan
dan jangkitan.

19. Air sejuk dalam ais memegang rahsia kepadatan molekul
kristal yang paling keras iaitu Intan.

20. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan
sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke
dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

21. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh
mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti
pengsan, gila dan koma kembali sedar.

22. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang
berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang
dan melemahkan struktur tulang.

23. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

24. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi
rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

25. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi
rendah lebih stabil.

26. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang
yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan
rasa kasih sayang dan keikhlasan.

27. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk
kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan
keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.

28.Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan
pasangan yang bersifat sejuk.

29. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai
bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan
amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang
panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana
ia akan menguatkan perut.

SUMBER : PAKCIK GOOGLE!