Tuesday, March 30, 2010

BERDARAH

Hari ni sedih betul.....huhu. Pagi-pagi aku terbangun sebab terasa sakit perut sangat-sangat. Memulas-mulas. Aku sangka senggugut (sebelum ni x pernah senggugut, agak2 je). Bila masuk toilet, darah membuak-buak, berketul-ketul sampai habis merah toilet bowl. Aku heran jugak. Agaknya lepas anak 2 ni aku terkena senggugut kot. Aku pun buat selamba, nak bersiap masak2 bekalan Najihad ke rumah pengasuh.

Sedang bersiap-siap aku terbatuk-batuk (aku memang x sihat, selsema, batuk, sakit tekak). Tetiba rasa cam ada benda tersembul keluar. Aku pun pi check kat toilet.

Huhu....Ada satu la satu ketul cam perut ikan terkeluar. Adakah aku ni keguguran? Waaaaaaaa!!! Gugur lagi ke? Da masuk 3 kali da ni. Sedihnya...

Ada sesiapa tau tak, betul ke aku keguguran? Picture kat bawah tu aku sempat snap lg. Sori, sesiapa yang geli nk tengok jangan tengok ye. Ada sesiapa nk komen? Silalah bagi pendapat anda ye...TQ

p/s : Nk pi hospital ni nak confirm kn.


Thursday, March 18, 2010

SUNGAI DI BAWAH LAUTAN

jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Meksiko. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan. Saksikan video ini.



Picca Sungai Bawah Lautan







Namun tentu saja, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan?

SUNGAI INI BERBAHAYA?

Secara umum Gas Sulfida memiliki sifat yang asam, dan bila bercampur dengan air laut atau garam yang ada dalam kandungan air laut, maka gas ini boleh membahayakan mahkluk hidup yang ada di laut, namun tidak berbahaya bagi manusia, demikian dikatakan Menristek Suharna Surapranata kepada vivanews.com.

Suharna mengakui fenomena alam sungai di dalam laut itu merupakan sebahagian daripada vulkanologi tentang gunung berapi, lava, magma dan fenomena geologi yang berhubungan.

Seperti diketahui, 'sungai' bawah laut yang terjadi di perairan perairan Cenote Angelita, Mexico, pada kedalaman 60 meter itu bukanlah sungai sebenarnya.

Warna kecoklatan seperti air sungai itu merupakan lapisan gas hidrogen sulfida. Namun warna kecoklatan itu bukan berasal dari air tawar.

Dinyatakan bahawa, bahagian kecoklatan yang mirip air sungai itu adalah lapisan bahagian bawah gas hidrogen sulfide atau H2S. Gas yang biasanya dihasilkan dari saluran pembuangan kotoran.

Suasana dalam laut itu mirip sungai lengkap dengan lapisan seperti air yang berwarna agak kecoklatan. Ada pohon lengkap dengan dedaunan jatuh berguguran. Subhanallah...
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

AKTIVITI : Perarakan membawa sepanduk, persembahan Nasyid murid dan Bercerita dan berzanji, Tilawah Al-Quran dan Potong Jambul ank Pn. Nazirah.
TARIKH : 2 MAC 2010
TEMPAT : SK Jengka Batu 13








Wednesday, March 17, 2010

MAKAN MAKAN

Beberapa minggu ni busy skit. x sempat nak update selalu + x tau nak update aper..hehe. so ni je la seadanya. Picca masa makan-makan. Layan je la ye..




Pic atas hari lain, bwh plak hari lain, boleh x? ahaks... hantam sj laa..