Tuesday, February 23, 2010

BIZZKIZZ COLLECTION - CONTEST 2010


Kali ni nak masuk contest ni pulak. Walaupun cam x layak je masuk, tp x kire, nak jugak. Baru lah meriah sikit bila aku join (nada perasan...)
Xde la... gurau je. Suka2 masuk contest & giveaway. Seronok (walaupun x pernah menang satu pun..huhu...kesian)

Ni check list aku.....

1. Jadi follower Siti Sifir & Bizzkizz --->done
2. Letak banner contest kt side bar --->done
3. Tajuk entry dah betul.. --->done
4. Post gmbr brooch guna kreativiti sendiri --->done
jeng!jeng!jeng!
.
.
.
.
.
.
.
.

Ini lah koleksi yang muat gmbrnyer(ada byk lg sbb memang minat brooch & accessories, siap jual:bizz brooch lg tuh...hehehe)

ooppsss!!!
satu lg belum settle.... cogankata
step akhir iaitu step 5 :

Saya suka pakai brooch kerana kemasan brooch buat saya lebih yakin dan tampil bergaya apabila bertudung.

ok step 5 : --->done

clik here to join the contest!
DON'T GIVE UP!


Video Pembakar Semangat Untuk Terus Berusaha Lebih Gigih!! caiiyokkk!!!




Subhanallah...Maha suci Allah
Setiap kejadian, ada hikmah disebaliknya.
credit to 'En.Fadzil'

Thursday, February 4, 2010

KENAPA TAK BOLEH SIGN IN????

Baru-baru ni, cuak betul rasanya. Bukan sebab buat salah kat siapa-siapa pun tp sebab tetiba tak boleh nak sign in ke blogger account sendiri.Punah harapan nak buat new entry/new post hari tu. huhu....Nak edit mana-mana yang patut pun tak boleh la masa tu. Apa yang keluar bila klik kat sign in? Ha ah. Benda ni......
(klik to view bigger size).


Lalu tak tentu arah la hidup ini....mandi tak basah, makan terlalu(hehe bkn x lalu, terlebih pulak), tak tidur-tidur menggodek sana, menggodek sini. Tertanya-tanya ape la salah aku ek!

Kalo dibaca/diteliti kat mesej tu, katanya somebody is trying to impersonate the site. Wah! Kes berat ni. Kalo iyelah kan, ada 2 plak blog ni yang akan sama dan mengelirukan orang lain (x tau yang mana ori, yang mana copycat). Tapi betul kah itu yang terjadi? Jeng!jeng!jeng! Suspen tul masa nak settle problem nih!

Fuh! godek punya godek, terjumpalah benda ni. Sebenarnya aku tanya kat pakcik google la ape lagi....jom tengok ape yang aku jumpa. Penemuan yang amat mengejutkan bagi new blogger macam aku ni. Hihi..

Sebenarnya ada empat keadaan yang mana menyumbang kepada
CONNECTION UNTRUSTED NI :

PERTAMA :


KEDUA :


KETIGA :


KEEMPAT :


Bila aku klik kat technical details
keluar lah macam kes yang KEMPAT
(macam kat atas tuh!)

Rupa-rupanya aku salah setting time and date kt laptop. kueng3!!!
Mati-mati ingatkan itu kerja penggodam.
macam-macam aku dah hamun penggodam. Hahaha...
rupanya salah sendiri. Maapla yew!

Wednesday, February 3, 2010

PENYEBARAN VIRUS HARI KEKASIH!



Tak lama lagi Hari Kekasih kan! Jadi aku nak sampaikan satu maklumat yang aku rasa penting buat semua rakan-rakan blogger dan sesiapa je la yang suka online. Aku dapat maklumat ni dari kawan aku yang bernama Cik PC.

Bersempena dengan Hari Kekasih ni, penjenayah siber mengambil kesempatan untuk menyebarkan Spam yang mengandungi Strom Worm, Trojan, Botnet dan kod Malicious lain yang bertujuan mencuri data peribadi mangsa (kita-kita la tu, kita tengok siapa yang kena!).

Kata Cik PC, apabila menghampiri Hari Kekasih iaitu 14 Februari akan berlaku penyebaran besar-besaran email berniat jahat. Di dalam email tersebut pula akan ada satu mesej menyatakan kita dapat e-card (konon sempena Hari Kekasih la tu) yang ada pautan ke laman web tertentu untuk melihat kad elektronik (e-card) yang dikirimkan kepada kita. Padahal sebenarnya kad tersebut telah dijangkiti dengan Malware dan akan terpasang secara otomatik sebaik saja kita klik pada imej, pautan atau objek tertentu dalam web tersebut.

Atau boleh jadi juga di mana bila kita klik je pada pautan yang disediakan, kita akan di hujani dengan email sampah yang tak henti-henti mengganggu sehingga sistem keselamatan PC sendiri tidak mampu untuk menanggungnya.

Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, kita perlu mengelak email yang mengandungi pautan .exe seperti Greeting Card.exe, Flash Postcard.exe atau Greeting Card.exe kerana ia dikhuatiri mengandungi kod program Malicious. Dan jangan sesekali buka email dari orang yang tidak kita kenali.
Terima kasih Cik PC.

JANGAN KLIK SEMBARANGAN!!

p/s : Cik PC = Majalah PC Februari.