PENYEBARAN VIRUS HARI KEKASIH!
Tak lama lagi Hari Kekasih kan! Jadi aku nak sampaikan satu maklumat yang aku rasa penting buat semua rakan-rakan blogger dan sesiapa je la yang suka online. Aku dapat maklumat ni dari kawan aku yang bernama Cik PC.
Bersempena dengan Hari Kekasih ni, penjenayah siber mengambil kesempatan untuk menyebarkan Spam yang mengandungi yang bertujuan mencuri data peribadi mangsa (kita-kita la tu, kita tengok siapa yang kena!).
Kata Cik PC, apabila menghampiri Hari Kekasih iaitu 14 Februari akan berlaku penyebaran besar-besaran email berniat jahat. Di dalam email tersebut pula akan ada satu mesej menyatakan kita dapat e-card (konon sempena Hari Kekasih la tu) yang ada pautan ke laman web tertentu untuk melihat kad elektronik (e-card) yang dikirimkan kepada kita. Padahal sebenarnya kad tersebut telah dijangkiti dengan Malware dan akan terpasang secara otomatik sebaik saja kita klik pada imej, pautan atau objek tertentu dalam web tersebut.
Atau boleh jadi juga di mana bila kita klik je pada pautan yang disediakan, kita akan di hujani dengan email sampah yang tak henti-henti mengganggu sehingga sistem keselamatan PC sendiri tidak mampu untuk menanggungnya.
Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, kita perlu mengelak email yang mengandungi pautan .exe seperti kerana ia dikhuatiri mengandungi kod program Malicious. Dan jangan sesekali buka email dari orang yang tidak kita kenali.
Terima kasih Cik PC.
p/s : Cik PC = Majalah PC Februari.
No comments:
Post a Comment